Saturday 9 July 2011

asek serious je..buat lawak la pulak kannn..


Suhaimi (bukan nama sebenar) telah mengambil seorang bibik dari Indonesia untuk bekerja di rumahnya yang berdekatan dengan taska PASTI. Adakah anak Suhaimi belajar di PASTI? Itu cerita lain. Suatu hari, ketika Suhaimisekeluarga tiada di rumah, kedengaran telefon kediamannya berdering. Lantas bibik menjawab...

Pemanggil: Hello! Adakah ini kediaman Encik Senan Johari?

Bibik: Maaf. Encik salah nombor. Ini kediaman keluarga Tuan Mohd Suhaimi Md Din.

Telefon diletakkan. Tidak sampai seminit, telefon berdering semula...

Pemanggil: Hello! Adakah ini kediaman Encik Senan Johari?

Bibik: (Dengan rasa jengkel) Maaf. Encik salah dail lagi. Ini kediaman keluarga Tuan Mohd Suhaimi Md Din.

Sejurus meletakkan telefon, belum sempat bibik melangkah, telefon kembali berdering...

Pemanggil: Hello!

Bibik: (Dengan nada marah) Hey! Kamu lagi? Awas ya! Walau saya cuma pembantu rumah, tapi saya bisa laporin kamu pada Pak Polisi!

Pemanggil: Eh, dengar dulu. Saya nak tanya, adakah ini kediaman keluarga Tuan Mohd Suhaimi Md Din?

Bibik: Aduh...maaf ya! Tadi kok ada beberapa kali salah nombor. Mau cari siapa tuan?

Pemanggil: Senan Johari...

Bibik: @#$%^&**&^%$#@! (Sambil menghempaskan telefon).

Telefon berdering lagi...

Pemanggil: Hello...

Bibik: Kurang ajar! Lu langsi lu mati!

Pemanggil: Kenapa ni bibik? Ni Mohd Suhaimi Md Din la...

Bibik: Waduh...maaf ya tuan! Cuma tadi ada orang gila telefon! Ndak apalah. Ada perintah apa tuan?

Pemanggil: Bibik tolong panggilkan Senan Johari.

Bibik: Hah..! (Lalu pengsan).

Selepas 10 minit, bibik tersedar daripada pengsan kerana terdengar deringan telefon...

Pemanggil: Hola...(Suara berbeza berbanding pemanggil sebelumnya).

Bibik: Oh..ini lain pula suaranya. Mau cari siapa tuan?

Pemanggil: Ini kediaman keluarga Tuan Mohd Suhaimi Md Din?

Bibik: Ya..betul!

Pemanggil: Saya Senan Johari. Tadi ada tak orang cari saya?

Bibik terus ketawa berguling ala side roll sampai ke bandar Kajang...