Lata Bujang Waterfall, Krau, Pahang Darul Makmur |
Last Saturday 14 Mei 2011 (chewahh..kata tak pandai cakap omputeh...) aku bersama dengan kawan2 (mase tu tak kenal each other lagi..boleh ke kata kawan2..???) menjalankan misi XPDC ke Lata Bujang yang terletak di Krau (somewhere near Jerantut). XPDC ni disertai oleh 12 peserta berjiwa kental (asalnya plan 24 pax) terdiri dari 3 orang wanita (2 experienced n 1 freshie..) 3 orang Mat Terap dari Rejimen 501 & 515 A.W, dan brader2 yg berpengalaman luas dalam aktiviti2 outdoor ni tak kire la cycling ke, trackking ke, panjat gunung ke.. Perjalanan bermula dlm pukol 11 pg diketuai oleh Wak Jan menuju ke Karak Highway dan pit stop pertama di Petronas Karak. Then perjalanan diteruskan n pit stop kedua di exit tol Temerloh sebelum keluar highway ke arah Krau untuk mencarik kedai makan.. Lepas pekena nasik lauk ikan keli skali dengan teh o ais (rm6.00) perjalanan diteruskan menghala ke destinasi lebih kurang 20 km dari lokasi kedai makan di pekan Krau tadi.. Sementara menunggu ketibaan jurupandu arah sempat jugak la klik2 view2 cantik kawasan tu.. Untuk info, kawasan ni di bawah pentadbiran PERHILITAN.. So permit diperlukan sebelum memasuki kawasan ni..
Time pon dah dekat pukol 4 ptg so perjalanan pon dimulakan dengan bacaan doa selamat. Mengikut info awal, XPDC ni bertahap santai je..tapi melihat kepada keadaan trek nye nampak sangat kitorang sume dah kena kelentong.. Laluan trek agak mencabar dengan beberapa pokok tumbang merentangi trek, pendakian bukit yang curam, trek yang licin dan perlu meredah beberapa kawasan basah membuatkan perjalanan menjadi tak selesa dek kerana kasut dah basah.. Aku pulak hanya memakai seluar pendek 3 quarter dan kasut hiking Nike ACG (nasib baik ade kasut ni..) seperti mem"belanja" pacat apabila tindakan tu mengundang pacat dan sedara mara dia menyerang grup aku ni.. Boleh dikatakan sume krew xpdc kena gigit pacat tapi ape ade hal.. Dah memang itu pon yg kitorang jangka..
Kitorang sampai ke tapak perkhemahan Lata Bujang setelah meredah perjalanan hampir 2 jam (1jam 49menet secara tepatnye).. Jam dah dekat pukol 6 ptg so maknenye takde banyak masa nak mandi, pacak khemah n sediakan peralatan memasak.. Pembahagian tugas dibuat untuk membantu memasang khemah seterusnya menyediakan peralatan memasak (maknenye takde yang pegi mandi pon..) tapi krew yang ikut fansyen ni bukan calang2 orang.. Pasang khemah n sediakan peralatan memasak tu tak ampai sejam pon.. Tengok2 bahan2 masakan dah ready.. Air teh o paneh pon dah siap.. Tp yang spoilnye ade bahan masakan yang tertinggal dalam kereta.. So makanan disediakan mengikut apa bahan yang ade je la..(thumb up for Mr Chef kitorang..)
Makan malam tu nasik berlauk ayam masak merah, ikan masin n sayur2an.. W'pon ade bahan masakan yang tertinggal tp Mr Chef menunjukkan kepakaran beliau dalam hal2 remeh temeh cenggini.. Setel makan n cuci pinggan, aktiviti suai kenal pon bermula.. Masa ni baru la aku kenal nama2 krew yang join xpdc ni.. hehehe.. Yang bestnye aku adalah krew yang paling muda dalam grup xpdc kali ni..
Esok pagi nye (Ahad-15 Mei 2011) perjalanan akan diteruskan ke air terjun 4 tingkat sejauh 30-40 menet meredah hutan dan sungai.. (jurupandu arah cakap dlm 20 menet boleh sampai..ko memang la..dah klua masuk hutan tu hari2..jalan melenggang kangkong tak bawak ape2..) selepas pekena nasik goreng n teh o paneh, Mr Chef tros sediakan mihun goreng plak utk makan tengahari kat air terjun nanti.. Siap2 packing krew xpdc pon bergerak meredah hutan dan sungai utk sampai ke destinasi..
Perjalanan diteruskan dengan melalui denai dan meredah sungai sebelum deruan kuat air terjun mulai kedengaran.. Semangat semakin berkobar2 untuk sampai ke destinasi.. Akhirnya kami tiba kolam pertama (bawah sekali) dan kelihatan jurang dibawah serta air terjun mengalir dari tingkat atas..
Kepenatan jelas terpancar dari muka setiap krew.. Bagaimanapun pendakian perlu diteruskan untuk sampai ke tingkat teratas air terjun.. Perjalanan kali ni memang agak thrill sikit.. Pandangan mata kasar mungkin silap menduga kederasan air yang mengalir tenang.. Takde jalan pintas lain melainkan melintas sungai untuk sampai ke seberang hampir menyebabkan 2 orang krew nyaris dihanyutkan arus deras di jeram berbatu.. Situasi cemas ni bagaimanapun boleh di handle krew lain serta dibantu 3 orang pemandu arah..
Perjalanan yang mencabar dan memenatkan akhirnya berbaloi apabila semua krew tiba ke tingkat teratas air terjun Lata Bujang dengan selamat.. Keadaan cuaca baik sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada krew.. Sementara Mr Chef bersiap untuk menyediakan makan tengahari, krew mengambil kesempatan merakam gambar menarik untuk dijadikan cerita penglipurlara kepada anak cucu sebelum anak cucu mereka tidor.. Sayangnya air terjun yang dijejaki ini tidak selamat untuk aktiviti mandi manda kerana tiada siapa yang pasti kedalaman sebenar kolam air terjun ni selain dari arus yang kuat serta kelihatan pusaran air di tengah kolam menyebabkan juara renang olimpik Michael Phelps sekalipon takkan berani nak berenang kat sini..
Setelah makan tengahari dan merakam sedikit panorama alam, kami berkemas untuk turun kerana langit dah gelap.. Dikhuatiri hujan turun (sebenarnye kitorang risaukan "kepala air" dari puncak bukit) dan menyukarkan perjalanan kami ke base camp..
Sesampai je kat base camp, kitorang teros berkemas..tapi sempat lagi tu menggoreng ayam sebagai alas perut, Lagipon malas nak pikul beg yang berat2 so kena la kurangkan bebanan yang dibawa.. Dalam 10-15 menet perjanan bermula, hujan mulai turun membuatkan kami (orang depan-jurupandu arah, aku, Mr Chef, Raha..) melajukan hayunan kaki sampai tak sedar kawan2 lain ketinggalan jauh kat belakang.. Beberapa kali jugak la kami berhenti untuk menunggu kawan2 dibelakang.. Masa yang ada semasa berhenti digunakan untuk memeriksa kaki sama ada digigit pacat ke tak.. Pengalaman hari pertama membuatkan aku memakai seluar loreng askar, 2 lapis stokin dan kaki seluar dimasukkan ke dalam stokin untuk mengelakkan kaki digigit pacat.. Perjalanan keluar mengambil masa kurang 1jam setengah (mungkin sebab sume orang jalan laju pasal hujan kot..) dan semua krew serta pemandu arah keluar dari trek hutan menuju ke jalan besar dengan selamat..
Sebelum balik ke kL, krew berkesempatan membersihkan diri di rumah pemandu arah (tapi aku je yang tak mandi sebab sume seluar dah basah n takde pakaian spare yang tinggal..) Kami mula bergerak sekitar jam 1930 mlm sebelum singgah di pekan Krau untuk makan malam.. Kepenatan dan rasa nak demam (mungkin sebab tak mandi lepas kena hujan..) menyebabkan aku takde selera nak makan.. Masuk je kereta tros tido.. Sedar2 dah sampai kat r&R Genting Sempah.. Skali lagi acara minum2 diadakan dan sekali lagi jugak la aku tak join sebab tido dalam kereta.. Hujan plak tuu..memang layan la tido..
Sampai kat rumah dah pukol 12++.. Ingatkan nak teros tido je tapi kawan2 tak kenyang2 lagi rupenye.. So pegi la Mayana seafood layan nasik goreng obama (nasik goreng usa la tuu..) sambil layan borak lagi.. Sampai kedai tu dah tinggal nak matikan lampu je pon kitorang tak reti2 nak blah lagi.
Pemandangan sekitar kawasan perkampungan orang Asli.. |
Time pon dah dekat pukol 4 ptg so perjalanan pon dimulakan dengan bacaan doa selamat. Mengikut info awal, XPDC ni bertahap santai je..tapi melihat kepada keadaan trek nye nampak sangat kitorang sume dah kena kelentong.. Laluan trek agak mencabar dengan beberapa pokok tumbang merentangi trek, pendakian bukit yang curam, trek yang licin dan perlu meredah beberapa kawasan basah membuatkan perjalanan menjadi tak selesa dek kerana kasut dah basah.. Aku pulak hanya memakai seluar pendek 3 quarter dan kasut hiking Nike ACG (nasib baik ade kasut ni..) seperti mem"belanja" pacat apabila tindakan tu mengundang pacat dan sedara mara dia menyerang grup aku ni.. Boleh dikatakan sume krew xpdc kena gigit pacat tapi ape ade hal.. Dah memang itu pon yg kitorang jangka..
Adat la kena gigit pacat.. |
Kitorang sampai ke tapak perkhemahan Lata Bujang setelah meredah perjalanan hampir 2 jam (1jam 49menet secara tepatnye).. Jam dah dekat pukol 6 ptg so maknenye takde banyak masa nak mandi, pacak khemah n sediakan peralatan memasak.. Pembahagian tugas dibuat untuk membantu memasang khemah seterusnya menyediakan peralatan memasak (maknenye takde yang pegi mandi pon..) tapi krew yang ikut fansyen ni bukan calang2 orang.. Pasang khemah n sediakan peralatan memasak tu tak ampai sejam pon.. Tengok2 bahan2 masakan dah ready.. Air teh o paneh pon dah siap.. Tp yang spoilnye ade bahan masakan yang tertinggal dalam kereta.. So makanan disediakan mengikut apa bahan yang ade je la..(thumb up for Mr Chef kitorang..)
Makan malam tu nasik berlauk ayam masak merah, ikan masin n sayur2an.. W'pon ade bahan masakan yang tertinggal tp Mr Chef menunjukkan kepakaran beliau dalam hal2 remeh temeh cenggini.. Setel makan n cuci pinggan, aktiviti suai kenal pon bermula.. Masa ni baru la aku kenal nama2 krew yang join xpdc ni.. hehehe.. Yang bestnye aku adalah krew yang paling muda dalam grup xpdc kali ni..
Esok pagi nye (Ahad-15 Mei 2011) perjalanan akan diteruskan ke air terjun 4 tingkat sejauh 30-40 menet meredah hutan dan sungai.. (jurupandu arah cakap dlm 20 menet boleh sampai..ko memang la..dah klua masuk hutan tu hari2..jalan melenggang kangkong tak bawak ape2..) selepas pekena nasik goreng n teh o paneh, Mr Chef tros sediakan mihun goreng plak utk makan tengahari kat air terjun nanti.. Siap2 packing krew xpdc pon bergerak meredah hutan dan sungai utk sampai ke destinasi..
Krew cuba melintas sungai w'pon pokok tumbang reput tu boleh dijadikan titi. Kelihatan Mr Chef menggalas beg sandang yang besar utk membawa bekalan makan tengahari.. |
Perjalanan diteruskan dengan melalui denai dan meredah sungai sebelum deruan kuat air terjun mulai kedengaran.. Semangat semakin berkobar2 untuk sampai ke destinasi.. Akhirnya kami tiba kolam pertama (bawah sekali) dan kelihatan jurang dibawah serta air terjun mengalir dari tingkat atas..
Kolam pertama (bawah sekali) daripada 4 tingkat air terjun Lata Bujang.. |
4 tingkat air terjun yang diihat dari jarak jauh.. |
Kepenatan jelas terpancar dari muka setiap krew.. Bagaimanapun pendakian perlu diteruskan untuk sampai ke tingkat teratas air terjun.. Perjalanan kali ni memang agak thrill sikit.. Pandangan mata kasar mungkin silap menduga kederasan air yang mengalir tenang.. Takde jalan pintas lain melainkan melintas sungai untuk sampai ke seberang hampir menyebabkan 2 orang krew nyaris dihanyutkan arus deras di jeram berbatu.. Situasi cemas ni bagaimanapun boleh di handle krew lain serta dibantu 3 orang pemandu arah..
2 orang krew nyaris dihanyutkan arus deras sungai yang dalamnya cuma separas dada.. Cemas jugak la time tu tapi Alhamdulillah semuanya selamat. |
Dasar kolam yang gelap menyebabkan krew hanya mampu memandang dari kejauhan w'pon keinginan melonjak2 utk menikmati kesejukan air terjun |
Setelah makan tengahari dan merakam sedikit panorama alam, kami berkemas untuk turun kerana langit dah gelap.. Dikhuatiri hujan turun (sebenarnye kitorang risaukan "kepala air" dari puncak bukit) dan menyukarkan perjalanan kami ke base camp..
Sesampai je kat base camp, kitorang teros berkemas..tapi sempat lagi tu menggoreng ayam sebagai alas perut, Lagipon malas nak pikul beg yang berat2 so kena la kurangkan bebanan yang dibawa.. Dalam 10-15 menet perjanan bermula, hujan mulai turun membuatkan kami (orang depan-jurupandu arah, aku, Mr Chef, Raha..) melajukan hayunan kaki sampai tak sedar kawan2 lain ketinggalan jauh kat belakang.. Beberapa kali jugak la kami berhenti untuk menunggu kawan2 dibelakang.. Masa yang ada semasa berhenti digunakan untuk memeriksa kaki sama ada digigit pacat ke tak.. Pengalaman hari pertama membuatkan aku memakai seluar loreng askar, 2 lapis stokin dan kaki seluar dimasukkan ke dalam stokin untuk mengelakkan kaki digigit pacat.. Perjalanan keluar mengambil masa kurang 1jam setengah (mungkin sebab sume orang jalan laju pasal hujan kot..) dan semua krew serta pemandu arah keluar dari trek hutan menuju ke jalan besar dengan selamat..
Sebelum balik ke kL, krew berkesempatan membersihkan diri di rumah pemandu arah (tapi aku je yang tak mandi sebab sume seluar dah basah n takde pakaian spare yang tinggal..) Kami mula bergerak sekitar jam 1930 mlm sebelum singgah di pekan Krau untuk makan malam.. Kepenatan dan rasa nak demam (mungkin sebab tak mandi lepas kena hujan..) menyebabkan aku takde selera nak makan.. Masuk je kereta tros tido.. Sedar2 dah sampai kat r&R Genting Sempah.. Skali lagi acara minum2 diadakan dan sekali lagi jugak la aku tak join sebab tido dalam kereta.. Hujan plak tuu..memang layan la tido..
Sampai kat rumah dah pukol 12++.. Ingatkan nak teros tido je tapi kawan2 tak kenyang2 lagi rupenye.. So pegi la Mayana seafood layan nasik goreng obama (nasik goreng usa la tuu..) sambil layan borak lagi.. Sampai kedai tu dah tinggal nak matikan lampu je pon kitorang tak reti2 nak blah lagi.
Hari ni pulak (setakat entry ni ditulis..) badan aku lenguh2 dan luka sana sini sebab pakaian yang tak sesuai semasa trekking dan jugak asek tergelincir je masa nak meredah sungai ari tu.. Tapi pengalaman dan keseronokan tu tak dapat dibeli dan itulah perkara utama yang membuatkan ramai geng2 outdoor ni sanggup ke mana sahaja asalkan cabaran yang dilaungkan diterima tanpa banyak dolak dalih.. Plan untuk bulan depan (bulan Jun..) mungkin beralih kepada gunung di Perak seterusnya beralih ke Gunung Kinabalu 2 minggu selepas tu.. So kepada kawan2 sesapa yang minat aktiviti2 outdoor cenggini bleh la kontek2 aku.. kite gi same2..
Setakat ni dulu la entry aku kali ni.. lagi banyak tulis lagi banyak bohong aje..badan pon dah sakit2.. Selamat bercuti Hari Wesak.. kepada yang bercuti jangan nak terbongkang aje kat umah.. pegi la beriadah ke berekriasi ke ape ke.. Amalkan gaya hidup sihat w'pon anda seorang perokok tegar.. Jagalah alam sekitar dengan baik.. Kerana apa yang ada di sekeliling kita ni adalah untuk kita berfikir tentang kejadian alam dan kebesaran Tuhan, menghargai dan mensyukuri nikmat-Nya sebelum apa yang diberi pada kita ditarik balik.. Berjalan lah di mana saja di atas muka bumi ini untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.. Adios...
Firman Allah yang bermaksud : Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan tersebut mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar. (Namun jika pengembaraan itu tidak berguna), bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta adalah hati dalam dada. (Al-Hajj : 46)
wahhhhhh...best gile u!!! kalo takde pacat,mmg i suke aktiviti lasak macam ni..
ReplyDelete"ke lautttt..masalahnyeee larat ke tidak?"
hahaha
ni pon dah kire mencabar la jugak w'pon asalnye konon2 xpdc gred santai jee..
ReplyDeletebest jgk dgn xpdc g jungle trekking ni..rase mcm minat lak nk join...pas ni klu ade lg sile la bg tau sy yer..
ReplyDeleteTerima kasih atas catatan pengalaman kamu ni. Sekurang2nya ada juga memori untuk diingatkan di masa hadapan ...
ReplyDeletenama saya pun ada kat sini.. mekasih radz! tercatat jg dlm lipatan sejarah, he3. kita semua antara peserta yg bertuah dpt join XPDC ini... moga dpt join lg, insyaAllah
ReplyDeleteMacam mana ye nak kenal orang untuk pergi tempat tu
ReplyDeleteSaya pernah ke sana pada tahun 1999.
ReplyDeleteThe Eight-Wheel Classic - TITIAN Arts
ReplyDeleteThe eight-wheel classic bicycle is www.jtmhub.com available หาเงินออนไลน์ in six sizes. The https://tricktactoe.com/ Bicycle Wheel is microtouch solo titanium a classic bicycle made in USA, but there are three variations 바카라 사이트 in